Naib Ketua Sayap Bersekutu, Datuk Sri Sanjeevan.

KUALA LUMPUR –  Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Sri Sanjeevan membidas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi peringatan agar wakil rakyattidak  turun padang apabila menghampiri pilihan raya.

Sanjeevan berkata, kenyataan Perdana Menteri itu tidak mencerminkan realiti sebenar yang diamalkan pembangkang.

Menurutnya, Perikatan Nasional (PN) sejak awal lagi telah menunjukkan komitmen menyantuni rakyat secara berterusan, bukan hanya apabila tiba musim pilihan raya.

“Perdana Menteri perlu lihat sendiri bagaimana pendekatan PN dalam menyantuni masyarakat dilakukan secara konsisten dan berterusan sejak awal lagi.

“Walaupun kita tidak menang di beberapa kawasan, pejabat khidmat masyarakat tetap dibuka dan khidmat kepada rakyat diteruskan tanpa sebarang mandat politik,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Naib Ketua Bersekutu Bersatu, PN tidak mengamalkan budaya politik janji manis yang hanya muncul ketika hampir pilihan raya, sebaliknya terus bekerja tanpa henti untuk membantu rakyat di pelbagai peringkat.

“Kita tidak tunggu pilihan raya untuk mula bekerja. Kita turun padang dari awal, dengar masalah rakyat, hulur bantuan, dan jadi jambatan kepada penyelesaian. Itu komitmen kita sejak hari pertama,” jelas beliau.

Beliau berkata, budaya turun padang dan menyantuni rakyat bukanlah sekadar retorik politik untuk PN, tetapi adalah sebahagian daripada prinsip perjuangan mereka yang mendahulukan rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast