Ahmad Maslan

BACHOK – Majlis Kerja Tertinggi UMNO mungkin akan membincangkan status penggantungan Datuk Seri Hishamuddin Hussien dalam mesyuarat Isnin ini.

Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, isu tersebut akan dibincangkan sekiranya dibangkitkan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Isu ini perlu mengikut prosedur yang betul.

“Keputusan asal untuk menggantung beliau dibuat oleh MKT jadi, sebarang keputusan lanjut mesti dibincangkan menerusi MKT. Jadi, kita tunggu Isnin ini,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Bachok, di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/06/21/umno-johor-akan-bawa-usul-mahu-hishammuddin-kembali/

https://malaysiagazette.com/2025/06/21/pengalaman-luas-hishammuddin-diperlukan-perkukuh-semula-parti-bantu-kerajaan/

Untuk rekod, Hishamuddin yang merupakan bekas Naib Presiden UMNO digantung keahlian oleh parti selama enam tahun atau dua penggal pemilihan MKT bermula 27 Januari 2023.

Bagaimanapun, baru-baru ini, UMNO Bahagian Sembrong mencadangkan agar penggantungan itu ditarik semula.

Katanya, pengalaman luas Hishamuddin diperlukan dalam memperkukuhkan parti di semua peringkat menjelang Pilihan Raya Umum ke -16 (PRU16). -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast