Noraini merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Kepala Batas di Kubang Menerong di Pulau Pinang.

TASEK GELUGOR – Wanita UMNO terus memperkukuh gerak kerja di semua peringkat dengan melaksanakan kajian sikap secara berterusan, bukan hanya menjelang pilihan raya.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan kesiapsiagaan jentera sentiasa berada pada tahap optimum.

“Jentera wanita bersedia bila-bila masa dan kita tak tunggu musim pilihan raya saja.

“Selain itu, kajian sikap juga dijalankan secara konsisten dan maklum balas daripada akar umbi akan disalur terus kepada pimpinan bahagian, pusat serta war room,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Noraini.

Terdahulu, Noraini merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Kepala Batas di Kubang Menerong di sini.

Tambah Noraini, kajian tersebut kini turut dilaksanakan secara lebih terperinci khusus untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Bagi PRN Sabah, kita gerak seiring dengan UMNO Sabah dan UMNO sendiri mempunyai struktur organisasi yang tersusun dengan pembahagian tugas antara sayap Wanita, Pemuda dan Puteri dalam memastikan setiap gerak kerja berjalan lancar dan fokus.

“Setiap sayap (Wanita, Pemuda dan Puteri) ada peranan tersendiri tapi kekuatan sebenar datang daripada penyelarasan dan kerja berpasukan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast