KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana dengan 5.1 magnitud melanda Kepulauan Ryukyu, Jepun pada jam 3.12 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, kejadian itu pada jarak 277 kilometer selatan dari Kagoshima dengan kedalaman 48 kilometer.
Ia merupakan gempa kedua berlaku pada hari ini selepas gegeran dengan 5.3 magnitud berlaku pada jam 9.15 pagi tadi.
Gempa berlaku pada jawak 261 kilometer barat daya dari Kahoshima pada kedalaman 10 kilometer. – MalaysiaGazette
















