KUALA LUMPUR – Seorang guru sekolah kebangsaan ditahan kerana didakwa mencabul seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan muridnya berusia 12 tahun, di sebuah sekolah di Temerloh Pahang, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mazlan Hassan berkata, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Temerloh ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada 18 Jun lalu.
Katanya, tangkapan telah dibuat ke atas guru terbabit yang berumur lewat 48 tahun.
“Pemeriksaan telefon bimbit dan komputer riba milik guru itu mendapati, terdapat gambar dan video seksual kanak-kanak dipercayai dilakukan di luar negara.
“Suspek telah direman selama tujuh hari dan akan dituduh di mahkamah pada 26 ini dibawah Seksyen 16 dan 10 Akta Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak Kanak 2017,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, suspek akan dituduh dengan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Tambahnya, suspek dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM9,000 dan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan.
Tarikh sebutan bagi kes berkenaan ditetapkan pada 30 Julai akan datang. – MalaysiaGazette
















