Abdallah Habib, Pengarah Pembuatan, Raja Zalina Raja Safran, Ketua Korporat dan Hal Ehwal Kerajaan, dan See Mei Sin, Ketua Pemasaran Mondelēz International (Malaysia & Singapore) melancarkan coklat Cadbury King Size 200g dengan rasa lebih coklat, berkrim dan nikmat.
Abdallah Habib, Pengarah Pembuatan, Raja Zalina Raja Safran, Ketua Korporat dan Hal Ehwal Kerajaan, dan See Mei Sin, Ketua Pemasaran Mondelēz International (Malaysia & Singapore) melancarkan coklat Cadbury King Size 200g dengan rasa lebih coklat, berkrim dan nikmat.

SHAH ALAM – Bersedia untuk jatuh cinta sekali lagi? Cadbury Dairy Milk memperkenalkan resipi baharu yang lebih berkrim, amat bercoklat dan penuh nikmat dalam setiap gigitan sekali gus membuktikan rasa klasik boleh jadi lebih memikat dengan sentuhan inovasi.

Kini dengan bar bersaiz ‘King Size’ 200g dan reka bentuk ketulan baharu yang lebih memuaskan, Cadbury Dairy Milk menyuntik nafas segar dalam produk ikonik yang telah mencipta kenangan manis bersama rakyat Malaysia sejak lebih tujuh dekad lalu.

Dalam satu lawatan eksklusif ke kilang Cadbury di Shah Alam, wartawan MalaysiaGazette bersama puluhan pengamal media berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana magis coklat ini dihasilkan. Kilang yang disahkan Halal oleh JAKIM sejak 1994 itu bukan sekadar lokasi pembuatan, malah simbol komitmen jenama terhadap kualiti, keselamatan makanan dan kelestarian.

"Purple Truck" Cadbury bakal berkongsi keceriaan bersama rakyat Malaysia mulai 1 Julai - 31 Ogos 2025
Kakitangan Cadbury memperkenalkan rangkaian produk coklat jenama syarikat kepada media sempena lawatan ke kilang Cadbury, Shah Alam.

Lebih 75 Tahun Bersama Rakyat Malaysia

Menurut Ketua Pemasaran Mondelēz International (Malaysia & Singapura), See Mei Sin, Cadbury Dairy Milk telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Malaysia selama lebih 75 tahun.

“Coklat ini bukan sekadar pencuci mulut, ia menghubungkan, meraikan detik istimewa dan mencipta kenangan berkekalan. Hari ini, kami bangga memperkenalkan Cadbury Dairy Milk baharu yang lebih kaya dan pekat dalam setiap hidangan,” katanya.

Semangat ‘Glass and a Half’

Semangat ‘Glass and a Half’ berakar sebagai falsafah ikonik Cadbury menerusi pelbagai inisiatif kemasyarakatan yang bermakna, termasuk kempen “For You I Would” dan program “Cadbury Kuih Raya Dari Hati” anjuran bersama Yayasan MyKasih sejak 2021.

Program tersebut memperkasakan wanita yang kurang berkemampuan menerui peluang menjana pendapatan sempena musim perayaan, dan sehingga kini telah berkembang menjadi satu gerakan kebangsaan. Malah, pada 2024, program itu mencatat rekod Malaysia Book of Records dengan penghasilan 150,000 tart coklat Cadbury yang diagihkan kepada lebih 30 rumah kebajikan menerusi kerjasama dengan Food Aid Foundation.

Keceriaan Bergerak Bersama Purple Truck

"Purple Truck" Cadbury bakal berkongsi keceriaan bersama rakyat Malaysia mulai 1 Julai - 31 Ogos 2025
“Purple Truck” Cadbury bakal berkongsi keceriaan bersama rakyat Malaysia mulai 1 Julai – 31 Ogos 2025

Tidak cukup dengan resipi baharu, Cadbury Dairy Milk kini bersiap sedia menyemarakkan senyuman menerusi ‘Purple Truck Tour’ yang akan menjelajah seluruh negara dari 1 Julai hingga 31 Ogos 2025.

Program ini menjanjikan pelbagai aktiviti interaktif, snek lazat dan pengalaman manis untuk seisi keluarga pastinya mampu mendekatkan jenama dengan komuniti dan meraikan momen indah bersama coklat yang menjadi idaman ramai.

Untuk maklumat lanjut dan lokasi jelajah, orang ramai boleh melayari laman Facebook rasmi Cadbury Malaysia di https://www.facebook.com/CadburyMalaysia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast