GEORGE TOWN – “Kakak saya sudah berpisah dengan suaminya dan jangan aibkan dia dengan kaitkan lelaki dalam penjara adalah suami dia”.
Demikian kata salah seorang ahli keluarga kepada wanita berusia 40 tahun yang ditemui meninggal dunia bersama anak perempuannya berumur dua tahun di sebuah apartmen di Jalan Bukit Gambir di sini semalam.
Menurut wanita itu, selepas kakaknya berpisah dengan suaminya, anak perempuan mereka berada dalam jagaan kakaknya.
“Saya hanya boleh maklum dakwaan lelaki dalam penjara itu adalah suami kakak saya ada tidak benar. Kami sekeluarga mohon jangan buat dakwaan yang tidak betul atau mengaibkan arwah,” katanya hari ini.
MalaysiaGazette difahamkan, lelaki yang didakwa dalam penjara kini menjalani hukuman mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu hanya kenalan mangsa.
Media semalam melaporkan bau busuk dari sebuah unit di tingkat sembilan sebuah apartmen di Jalan Bukit Gambir di sini, membawa kepada penemuan tragis mayat seorang wanita tempatan dan anak perempuannya.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, polis terima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.41 petang sebelum meminta bantuan pasukan bomba untuk membuka pintu kediaman terbabit susulan berkunci dari dalam.
Susulan itu polis menemui mayat seorang wanita tempatan berusia 40 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di dalam kediaman berkenaan. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
















