BANGKOK – Mahkamah Perlembagaan Thailand memutuskan Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra digantung daripada jawatannya sementara siasatan dijalankan berhubung satu panggilan telefon yang bocor dengan seorang bekas pemimpin Kemboja.
Keputusan dibuat sebulat suara oleh tujuh hakim yang bersetuju berbanding dua yang menentang untuk bersetuju dengan petisyen yang menuduh beliau melanggar etika dan mengundi tujuh berbanding dua untuk menggantung tugas beliau.
Paetongtarn berdepan ketidakpuasan hati yang semakin meningkat terhadap cara beliau menangani pertikaian sempadan terkini dengan Kemboja sehingga melibatkan konfrontasi bersenjata pada 28 Mei yang menyebabkan seorang tentera Kemboja terbunuh.
Panggilan telefon yang bocor ketika beliau menjalankan diplomasi berkaitan isu sempadan itu mencetuskan deretan aduan dan protes awam.
Paetongtarn pada Isnin berkata beliau akan menerima dan mematuhi proses mahkamah walaupun tidak mahu kerja beliau terganggu.
“Kalau anda tanya sama ada saya bimbang, ya, saya bimbang,” katanya kepada wartawan.
Awal Selasa, Raja Maha Vajiralongkorn telah memperkenankan rombakan Kabinet yang terpaksa dilakukan selepas sebuah parti utama menarik diri daripada kerajaan gabungan pimpinan Paetongtarn berhubung isu panggilan telefon bocor itu.
Rombakan tersebut menggantikan bekas Timbalan Perdana Menteri Anutin Charnvirakul, ketua Parti Bhumjaithai, yang sebelum ini memegang beberapa jawatan Kabinet dalam kerajaannya.
Paetongtarn juga sedang disiasat oleh Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACC) atas dakwaan pelanggaran etika, yang keputusannya juga boleh membawa kepada penyingkiran beliau. -AGENSI
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast
















