Foto IG Arsenal.

LONDON – Arsenal sah mendapatkan penjaga gol, Kepa Arrizabalaga dari Chelsea dengan harga perpindahan RM28.94 juta untuk kontrak tiga tahun.

Pemain 30 tahun yang akan bersaing dengan David Raya untuk posisi utama di gawang menghabiskan dua musim lalu sebagai pemain pinjaman di Real Madrid dan Bournemouth.

Pemain kelahiran Sepanyol itu membawa pengalaman membarisi skuad juara Liga Juara-Juara Eropah bersama Chelsea dan Madrid, serta gelaran LaLiga bersama kelab gergasi Sepanyol itu pada musim 2023-24.

Kepa adalah pemain pertama ditandatangani Arsenal pada musim panas ini dengan pemain tengah Real Sociedad, Martin Zubimendi dan Christian Norgaard dari Brentford bakal menyusul.

Dia berpindah dari Stamford Bridge selepas tujuh tahun menyertai kelab itu dari Athletic Bilbao pada rekod perpindahan dunia untuk seorang penjaga gol bernilai RM416.73 juta. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast