KUALA LUMPUR – Tiga lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler membawa muatan minyak kelapa sawit di Batu 16, Jalan Lahad Datu, Sandakan, pada 8.40 malam, semalam.

Pemandu pacuan empat roda, Mohd Azizi, 28 dan dua penumpang, Muhammad Zulkhairi Ismail, 29, serta Mohd Rasman Ahmat Kechil, 28, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.52 malam.

“Kemalangan melibatkan sebuah treler dan kenderaan pacuan empat roda. Dalam kejadian itu, terdapat tiga mangsa tersepit dalam pacuan empat roda dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya menerusi kenyataan.

Manakala, pemandu lori berusia 61 tahun mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Katanya lagi, kesemua mangsa yang maut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan bomba kemudian menamatkan operasi pada jam 12.40 tengah malam selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian,” katanya lagi.

Terdahulu menurut Mod Azizi, seramai 12 anggota dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira 30 kilometer dari BBP Lahad Datu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast