AMLA MACC Senior Enforcer US$6.94 million MEIO Hasanah case item Eric Chang 4 years old boy murder

JAKARTA – Seorang pempengaruh media sosial dari Indonesia telah dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun kerana bertemu dengan kumpulan pemberontak di Myanmar yang dikuasai junta, menurut seorang pegawai Kementerian Luar Negeri Indonesia pada hari Rabu.

Myanmar kini dilanda perang saudara pelbagai pihak sejak rampasan kuasa tentera pada tahun 2021, yang menyebabkan jutaan orang kehilangan tempat tinggal, menurut data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pempengaruh lelaki berusia 33 tahun yang menggunakan singkatan nama A.P., telah ditahan oleh pihak berkuasa Myanmar pada bulan Disember tahun lalu.

“Setelah melalui proses mahkamah, A.P. telah dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun,” kata Judha Nugraha, Pengarah Perlindungan Warganegara di Kementerian Luar Negeri Indonesia.

Warga Indonesia itu dituduh “memasuki Myanmar secara haram dan kemudian bertemu dengan kumpulan bersenjata yang dikategorikan sebagai organisasi terlarang,” kata Judha.

Mahkamah di Myanmar telah mendakwanya atas kesalahan melanggar undang-undang berkaitan keganasan, imigresen dan perhimpunan haram.

Lelaki itu kini ditahan di Penjara Insein di Yangon.

Pegawai kementerian tersebut berkata, pihak Jakarta kini sedang “memudahkan permintaan pengampunan daripada pihak keluarga”.

Akaun media sosial yang dilaporkan oleh media tempatan sebagai milik pempengaruh yang dipenjarakan itu menunjukkan seorang lelaki mengembara ke zon konflik — termasuk Ukraine dan Afghanistan — serta menikmati percutian mewah di Bali dan Paris.

Dalam hantaran Instagram bertarikh November 2024, dia berkongsi gambar-gambar dari pelbagai lokasi di Myanmar dan bersama beberapa kumpulan penentang rampasan kuasa tentera.

Beberapa gambar memaparkannya bersama individu berpakaian seragam yang disyaki pemberontak, termasuk yang bersenjata. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast