TANGKAK – Seorang ahli perniagaan rugi RM66,825 selepas terjerat dengan tawaran tawaran kerja sambilan secara atas talian yang tidak wujud bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, semuanya bermula apabila mangsa yang merupakan seorang wanita tempatan berusia 36 tahun tertarik dengan iklan tawaran kerja tersebut menerusi satu aplikasi pada 30 Jun lalu.

“Mangsa yang berminat dan bersetuju dengan tawaran kerja sambilan tersebut kemudian diarahkan untuk membuat beberapa tugasan.

“Mangsa dijanjikan akan dibayar komisen setelah melaksanakan tugasan yang diberikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, suspek kemudian memperdayakan mangsa dengan mengarahkannya untuk melakukan 12 transaksi menerusi lapan akaun berbeza melibatkan RM66,825 sehingga semalam.

Menurut beliau, namun apabila mangsa melaksanakan arahan yang diberikan, suspek tidak memperoleh sebarang komisen seperti yang dijanjikan.

Mangsa katanya, kemudian menyedari diperdaya sebelum membuat laporan polis, kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan disebat serta denda.

Roslan menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan membuat semakan agar tidak terpedaya dengan penipuan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast