Jonathan Silva. Foto FB Johor Southern Tigers.

KUALA LUMPUR – Kelab gergasi Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memperkasakan benteng pertahanan mereka dengan merekrut pemain Argentina, Jonathan Silva bagi menghadapi Liga Malaysia musim depan.

Perpindahan bek kiri berusia 31 tahun itu diumumkan Harimau Selatan menerusi satu video yang disiarkan Facebook Johor Southern Tigers.

“Jonathan Silva merupakan penambahan terbaru kita untuk skuad 2025/26. Antara bekas pasukannya ialah Estudiantes, Sporting Lisbon, Boca Juniors, Leganes dan Getafe.

“Selamat datang ke Johor!” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Silva dibawa masuk untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain pertahanan kiri dari Brazil, Murilo Henrique yang menjadi sebahagian daripada 11 pemain yang mengucapkan selamat tinggal kepada JDT pada akhir musim 2024/25.

Silva pernah mewakili Argentina sebanyak dua kali di peringkat antarabangsa dan pernah meraih beberapa trofi dalam kariernya.

Antara trofi yang pernah dimenangi Silva ialah LaLiga2, Argentine Primera Division, Cypriot First Division, Portuguese Cup dan Portuguese League Cup.

Dia dijangka bersaing dengan bek kiri Harimau Malaya, La’Vere Corbin Ong untuk merebut slot bek kiri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast