Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi mengorbankan enam beranak selepas kereta yang dinaiki mereka terjunam dan tenggelam di Sungai Korok, Kedah.
“Saya amat sedih dan berdukacita menerima khabar tragedi menyayat hati melibatkan enam sekeluarga ini.
“Takziah yang setulusnya kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Moga mereka dikurniakan ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini, dan roh semua mangsa dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya menerusi hantaran di media sosial, malam ini.
ARTIKEL BERKAITAN
Pagi tadi, enam beranak yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemukan dalam kereta Proton Iswara yang tenggelam di dalam sungai.

Penguasa Kanan Bomba I, Ketua Zon 1, JBPM Negeri Kedah Ahmad Aminudin Abd Rahim dalam satu kenyataan berkata, pihaknya yang turun ke lokasi ketika membuat pemantauan di sepanjang sungai itu telah ternampak bumbung kereta di permukaan sungai.

“Apabila kereta berkenaan ditarik keluar dari sungai itu, didapati terdapat enam mangsa iaitu dua dewasa, tiga kanak-kanak dan seorang bayi berada di dalamnya,” katanya.
Mangsa yang terlibat adalah Mohd Azim Ezzat Ishak, 32, isterinya Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy, 31, serta empat anak mereka berusia enam bulan hingga sembilan tahun itu disedari apabila tidak pulang ke rumah di Jerlun selepas bermalam di rumah ahli keluarga yang lain di Taman Aman di Jitra. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast