Azman yang kini berkerusi roda hadir di di Mahkamah Tinggi Muar hari ini atas pertuduhan membunuh ibu, bapa dan anak saudaranya.

MUAR – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu, bapa dan anak saudaranya di Pagoh, Ogos lalu.

Azman Mohamed Nor, 48, membuat pengakuan tersebut itu ketika prosiding sebutan pertama kali di hadapan Hakim Suria Kumar DJ Paul dan minta dibicarakan.

Tertuduh yang berkerusi roda akibat penyakit saraf dialaminya hadir hari ini dalam keadaan tubuh badannya susut berbanding prosiding sebelumnya.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, dia yang masih bujang didakwa membunuh ibu bapanya, Ara Abd Hamid, 76, dan Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, serta anak anak saudara Noradriana Nor Hasyim, 11.

Perbuatan itu dilakukan antara pukul 1 hingga 3 pagi di sebuah rumah di Jalan Sekolah Kampung Paya Redan, Pagoh pada 9 Ogos tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2024/09/12/penganggur-menyesal-bakar-rumah-bunuh-mak-bapa-dan-anak-saudara/

https://malaysiagazette.com/2024/08/10/kes-warga-emas-cucu-maut-dalam-kebakaran-diklasifikasi-semula-sebagai-bunuh/

Untuk itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali jika tidak dikenakan hukuman mati.

Dalam prosiding itu, pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqiilah Ahmad Rofaie manakala Azman tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan mengemukakan tiga izin kepada mahkamah bagi setiap mangsa dalam kes pembunuhan ini.

Pada prosiding itu juga, Nur Aqiilah memberitahu mahkamah agar menetap suatu tarikh baharu bagi pengurusan kes memandangkan beberapa dokumen termasuk gambar tempat kejadian yang belum lengkap sepenuhnya.

Mahkamah menetapkan 27 Ogos ini untuk serahan dokumen serta lantikan peguam tertuduh.

Azman yang kini sedang menjalani hukuman penjara sembilan tahun dan denda RM5,000 atas pertuduhan mencederakan seorang lagi anak saudaranya.

Dalam tragedi menghayat hati, Ara dan Mohamed Nor ditemui rentung dalam rumah pusaka manakala Noradriana meninggal dunia akibat kecederaan parah di muka selepas dipukul dengan objek keras.

Kematian tiga beranak itu pada yang awalnya disiasat sebagai mati mengejut kemudiannya menjadi kes bunuh susulan penemuan beberapa kesan kecederaan terhadap mangsa.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast