Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Profesor Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin menerima Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan Ikon Pendidikan Cemerlang 2025.

KUALA LUMPUR – Keunggulan kepimpinan dan penyerlahan berterusan dalam memartabatkan pendidikan tinggi telah menobatkan Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Prof Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Kepimpnan Ikon Pendidikan Cemerlang 2025.

Beliau telah menerima anugerah tersebut di 4th World Women Economic & Business Summit (WWEBS) 2025 yang telah berlangsung pagi ini di Kuala Lumpur.

Dengan pencapaian cemerlang itu, beliau telah menerima sebuah trofi bersama dengan sijil anugerah kecemerlangan yang disampaikan oleh Mantan Penasihat Kanan kewangan dan ekonomi kepada Perdana Menteri Malaysia, Nurul Izzah Anwar dan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), Dr Rusmini Ku Ahmad.

WWEBS merupakan sidang kemuncak antarabangsa yang diadakan untuk memperkasa dan menyokong wanita dalam bidang ekonomi, perniagaan, inovasi, kepimpinan dan pendidikan berprestij.

Menurut kenyataan UTeM, anugerah tersebut menjadi pengiktirafan terhadap komitmen tinggi, kredibiliti, kecemerlangan dan sumbangan beliau dalam memimpin Universiti TVET Terbaik di Malaysia, UTeM.

“Pada masa yang sama UTeM juga turut menjadi pilihan utama majikan dunia yang bukan hanya cemerlang di persada nasional malahan turut bersinar di pentas dunia,” ujarnya dalam kenyataan.

Jelas UTeM, Kepimpinan Massila turut menyerlah sebagai ikon yang komited menjayakan amanah negara daripada perancangan menjadi realiti dengan melonjakkan pemerkasaan TVET dalam kalangan wanita menerusi rangkaian program Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement (JELITA) secara komprehensif.

“Sehubungan dengan itu, sentuhan kepimpinan emas beliau turut dizahirkan menerusi kepimpinan sebagai Pengerusi Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dan Pengerusi Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAC), Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT),” katanya.

Mengulas lanjut tentang kepimpinan strategik Massila, beliau sentiasa memastikan perancangan, pengisian dan pencapaian universiti serta badan di bawah kepimpinannya seiringan dengan Fokus Kementerian Pendidikan Tinggi serta Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dunia.

“Sementara itu, beliau juga merupakan individu yang telah mencorakkan kedinamikan hubungan strategik Malaysia menerusi pendidikan tinggi di mata dunia menerusi rantaian kerjasama strategik antara UTeM bersama dengan universiti-universiti ternama di pentas global.

Antara pihak pengurusan UTeM yang hadir bagi meraikan kejayaan ini,adalah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UTeM, Prof Dr Zulkifilie Ibrahim, Penolong Naib Canselor Strategik dan Kelestarian Global, Prof Madya Mohd Rahimi Yusoff, Bendahari, Sabarina Abdullah.

Dekan Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Mekanikal, Prof Madya Nadlene Razali, Dekan Pusat Pembelajaran Bahasa, Nurlisa Loke Abdullah dan Pengarah Pusat Hubungan Strategik Korporat dan Global, Hazman Hasib.

Menyingkap senarai anugerah yang telah diterima beliau adalah Anugerah Personaliti Pendidikan Transfomartif Cemerlang peringkat Asia, Anugerah Personaliti Cemerlang Malaysia (Kepimpinan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia Education & TVET Awards, World Distinguished Women Leader Lifetime Achievement Award dalam World Women Economic & Business Summit (WWEBS) dan terbaharu pada bulan Mei lalu, Anugerah Ikon Pendidikan Malaysia 2025. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast