Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiring Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar hadir menunaikan solat Jumaat di Surau Ar Rahim, Presint 15, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 11 JULAI 2025

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati pandangan UMNO berhubung pengesahan kewujudan Titah Adendum melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najiib Tun Razak oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Bagaimanapun, tegas Perdana Menteri, perkara itu masih di peringkat mahkamah dan semua pihak seharusnya mengikuti proses yang sepatutnya.

“(Titah) Adendum itu urusan mahkamah sekarang, jadi tidak ada masalah bagi kita…pandangan masing-masing kita hormati, tetapi kita ikut proses,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Ar-Rahim, Presint 15, Putrajaya, di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/07/11/umno-mohon-titah-adendum-dilaksana-ikut-perlembagaan/

Awal hari ini, UMNO memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim supaya titah tahanan rumah terhadap Najib dapat dilaksanakan susulan pengesahan kewujudan titah berkenaan yang dibuat Peguam Negara, kelmarin.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, semoga dengan limpah perkenaan Seri Paduka Baginda, bekas Presiden UMNO itu dikurnia keringanan hukuman yang telah tertunda lebih setahun lalu.

Tambah Asyraf Wajdi, UMNO juga mengucapkan syukur kepada Allah SWT dengan pengesahan yang dibuat Peguam Negara itu, yang sekali gus memperakui titah bagi penahanan rumah Najib bena-benar wujud.

Pada 9 Julai lalu, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan berkata, pihaknya bersetuju titah itu wujud, namun mempertikaikan cara atau pendekatan bukti baharu itu dikemukakan di mahkamah.  – MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast