SABAK BERNAM – Malaysia Polytechnics Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) Siri 16/2025 secara rasmi membuka tirainya semalam di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), menandakan permulaan kepada program intensif selama 14 hari yang menghimpunkan penyertaan para pelajar dari politeknik seluruh Malaysia.

Program yang akan berlangsung dari 10 hingga 24 Julai 2025 ini disertai oleh lebih
700 pelajar dalam kalangan 17 politeknik seluruh negara, dengan kerjasama 12 Rejimen
Siri 500 Askar Wataniah.

Ia dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Bahagian Pasukan Simpanan (BPS), Markas Tentera Darat dan PSIS selaku pengelola bagi edisi kali ini.

Program ini selaras dengan aspirasi Dasar TVET Negara 2030 dalam membina
graduan holistik, berkemahiran tinggi, berdisiplin dan patriotik, serta berupaya
menyumbang kepada keselamatan negara melalui latihan ketenteraan berstruktur dan
pembangunan kemahiran insaniah secara menyeluruh.

Antara aktiviti utama yang akan dijalankan sepanjang kem ini termasuk ujian jalan laju (UJL) lima (5) km, pandu arah, pertandingan menembak, multi relay, pertandingan sukan, kelas operasi dalam kawasan terbina (OBUA) serta pelaksanaan Program Jiwa Murni Madani yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Kesemua aktiviti ini didedahkan melalui latihan ketenteraan yang mana tidak semua
masyarakat dapat menimba pengalaman sedemikian.

Ini adalah sebahagian daripada proses membentuk kemahiran insaniah dan ketahanan mental serta fizikal yang penting untuk melahirkan graduan berdaya saing.

Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti ini juga mengukuhkan semangat patriotik dan nilai kerjasama dalam kalangan mahasiswa TVET.

Program ini juga menjadi medan penting bagi memperkukuh hubungan strategik
antara institusi pendidikan tinggi dan Angkatan Tentera Malaysia, serta
memperkenalkan elemen pertahanan dan keselamatan dalam pendidikan TVET
sebagai nilai tambah kepada pembangunan modal insan negara.

Sesi pembukaan MALPTAAC Siri 16/2025 berlangsung dalam suasana penuh semangat patriotik, dengan penyertaan para pegawai tentera, pensyarah, pelajar dan wakil-wakil institusi berkaitan.

Majlis Pembukaan MALPTAAC Siri 16/2025 disempurnakan oleh . Dr Haji Mohd
Daud Isa, Pengarah Kanan Akademik, JPPKK. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast