Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin

KUANTAN – UMNO Pahang mendesak agar prosiding kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dihentikan serta-merta dan pelaksanaan Titah Adendum dilakukan dengan segera dan tertib.

Ketua Peneranganya, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, titah berkenaan dilaksanakan dengan penuh tertib demi menjunjung kedaulatan Yang di-Pertuan Agong serta Institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi tonggak kestabilan negara.

”Kami menyeru pihak kerajaan, khususnya Perdana Menteri dan Jabatan Penjara Malaysia, agar tidak berlengah dalam mematuhi dan melaksanakan titah ini dengan segera.

”Semoga pelaksanaan titah adendum ini membuka ruang kepada keadilan dan belas ihsan buat Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sekian lama menanti sinar keadilan dalam perjalanan hidup beliau sebagai negarawan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sementara itu, UMNO Pahang menyambut baik dan bersyukur atas pengesahan Jabatan Peguam Negara tentang pengwujudan titah adendum.

Katanya, ia sekali gus menolak segala dakwaan yang menyatakan bahawa titah tersebut hanyalah sekadar “hear say” atau cakap-cakap kosong semata. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast