KUALA LUMPUR – Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan kerjasama Tentera Darat Amerika Syarikat (US Army) dan Tentera Darat Australia (Australian Army) akan melaksanakan Eksesais Keris Strike Tahun 2025 bermula 17 hingga 30 Julai.
Eksesais itu bakal dilaksanakan di kawasan sekitar Ipoh, Sungai Siput, Kuala Kangsar hingga ke Lenggong, Perak.
TDM berkata, eksesais tersebut diadakan bagi meningkatkan keupayaan operasi demi dalam menghadapi sebarang ancaman keselamatan serantau sekaligus memperkukuh hubungan ketenteraan negara sahabat.
“Sehubungan itu, orang ramai terutamanya penduduk sekitar Ipoh dan Kuala Kangsar di minta berhati-hati dan tidak panik atau cemas sekiranya melihat kehadiran anggota tentera asing, pergerakan kenderaan dan konvoi aset-aset tentera serta sebarang aktiviti ketenteraan yang berlangsung sepanjang tempoh eksesais dilaksanakan di kawasan mereka,” katanya menerusi kenyataan.-MalaysiaGazette
















