SINGAPURA – Kejohanan akuatik terbuka wanita dunia sejauh 10 kilometer (km) di Singapura telah ditangguhkan kerana kualiti air yang kurang baik.
Badan induk World Aquatics berkata pada hari Selasa, kajian semula yang dibuat di Pulau Sentosa mendapati tahap kualiti air “melebihi ambang yang boleh diterima”, menyebabkan penganjur membuat keputusan menangguhkan kejohanan ini “demi kepentingan keselamatan atlet”.
Perlumbaan 10km wanita dijangka berlangsung pada pagi Selasa tetapi telah ditunda ke hari Rabu, apabila acara lelaki juga akan diadakan.
“World Aquatics kesal atas kesulitan yang disebabkan oleh penangguhan itu dan mengiktiraf komitmen dan persediaan semua atlet, jurulatih dan pasukan,” kata World Aquatics dalam satu kenyataan.
“Kesihatan dan keselamatan peserta kekal menjadi keutamaan tertinggi dalam semua keputusan berkaitan pertandingan.”
World Athletics berkata, ujian “secara konsisten” menunjukkan kualiti air boleh diterima tetapi sampel yang diambil pada hari Ahad melebihi had.
Acara kejohanan di kolam renang bermula pada 27 Julai ini. – Agensi
















