Kredit: JBPM Pulau Pinang

BUTTERWORTH – Seorang lelaki warga emas nyaris maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar sebuah bangunan dalam proses pengubahsuaian di Jalan Jetty Lama di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata dalam kejadian pada 2 petang itu, mangsa G. Palanivelu, 77, yang memandu kereta Perodua Kenari secara bersendirian mengalami kecederaan ringan.

“Sebaik pihak bomba tiba, pemandu kereta itu didapati tersepit di ruangan pemandu dan komander operasi membuat size up melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas kebombaan rescue tools.

“Mangsa berjaya dikeluarkan pada 2.28 petang dan diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 13 saat memaparkan sebuah kereta merempuh bangunan dua tingkat sehingga kenderaan itu dipenuhi batu bata dari bangunan yang dalam pembinaan berkenaan. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast