Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Program Malaysia Bermunajat 2025 ketika di Masjid Putra, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 19 JULAI 2025.

PUTRAJAYA – Para pelajar sekolah pondok perlu menguasai ilmu berkaitan digital dan teknologi termasuk dalam bidang kecerdasan buatan (AI) untuk berdepan dengan cabaran zaman ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penggunaan AI di negara ini perlu berbentengkan akidah dan akhlak agar tidak tersasar dengan nilai rakyat.

“Jadi bila kita terapkan orang pondok masuk Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), setelah selesai masuk juga dalam sistem pendidikan (untuk menguasai digital dan teknologi dan sebagainya,” katanya ketika berucap di Program Malaysia Bermunajat 2025 anjuran Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Masjid Putra malam ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Program Malaysia Bermunajat 2025 ketika di Masjid Putra, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 19 JULAI 2025.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Terdahulu, jemaah turut berpeluang mendengar ceramah daripada ulama tersohor dari Pakistan, Tariq Jamil.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, golongan umarak (pemerintah) dan ulama perlu mempunyai keserasian serta membawa ilmu pondok ke dalam era teknologi dan AI. 

“Kita harus  memastikan ada keserasian antara ulama dan umara (pemerintah), ada disiplin-disiplin ilmu baharu, yang lama dipertahankan oleh di (institusi) pondok yang menjadi benteng kepada akidah dan akhlak,” katanya lagi.

Terdahulu, lebih kurang 5,000 hadir dalam program Malaysia Bermunajat malam ini.

Program yang diadakan secara berkala itu bertujuan menyemarakkan budaya munajat dan penghayatan ilmu sebagai asas penyatuan ummah dan pembinaan masyarakat berteraskan nilai Malaysia Madani. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast