KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah dilantik semula sebagai PengerusiLembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
“Datuk Seri menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri atas kepercayaan yang diberikan untuk terus menerajui Felda,” menurut Felda dalam kenyataan di sini.
Menurut kenyataan tersebut, pengurusan dan seluruh warga Kumpulan Felda menyambut baik pelantikan semula ini dan yakin pengalaman, wawasan serta komitmen tinggi Ahmad Shabery akan terus membawa Kumpulan Felda melangkah lebih jauh seiring dengan hasrat Malaysia Madani.
Ahmad Shabery telah dilantik sebagai Pengerusi Felda pada 1 Julai 2023. – MalaysiaGazette
















