“Sistem baharu ini dibangunkan semula sebagai satu platform visa digital bersepadu yang menawarkan pengalaman permohonan lebih pantas, selamat dan efisien.
“Ia selaras dengan kehendak rakyat dan pelawat antarabangsa yang mengutamakan kemudahan dalam perkhidmatan awam,” katanya selepas merasmikan MYVISA 2.0 sempena Hari Imigresen Malaysia 2025 di ibu pejabat JIM, di sini, hari ini.
Saifuddin berkata, MyVISA 2.0 memperkenalkan pelbagai teknologi terkini termasuk pengecaman aksara optik (OCR).
“Turut digunakan teknologi notifikasi masa nyata, automasi pintar dan aplikasi mudah alih khusus untuk pemohon,” katanya.
Selain itu, katanya, sistem ini menawarkan permohonan visa secara digital sepenuhnya.
“Dari imbasan pasport, pemuatan dokumen, temu duga maya, penjejakan masa nyata, kelulusan eVisa dengan kod QR hinggalah kepada bantuan interaktif melalui live chat.
“Pemohon tidak perlu hadir ke Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara,” katanya. – MalaysiaGazette
















