Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjunam ke bawah jambatan dalam kemalangan di Jalan Kionsom, Kampung Kitobu Inanam, Kota Kinabalu, pagi tadi. Ihsan Foto : Orang awam

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjunam ke bawah jambatan di Jalan Kionsom, Kampung Kitobu Inanam, Kota Kinabalu, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.09 pagi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kemalangan tersebut.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati sebuah kereta telah terbabas sendiri dan terjunam dari ketinggian kira-kira 10 meter ke bawah jambatan.

“Mangsa, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas menjalankan kerja-kerja menyelamat sebelum mengangkat mayat mangsa menggunakan ‘basket stretcher’.

Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.00 pagi selepas pasukan bomba memastikan kawasan kejadian selamat. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast