Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tiada kenaikan kadar tol tahun ini di sebalik perjanjian kenaikan dengan konsesi lebuh raya yang sepatutnya dilaksanakan.

Menurut Perdana Menteri, susulan itu, kerajaan akan menanggung kos lebih RM500 juta bagi memastikan tiada kenaikan kadar tol tersebut melibatkan beberapa lebuh raya.

“Kalau ikut unjuran, kadar tol naik pada tahun ini mengikut perjanjian, tetapi itu perjanjian lama antara syarikat (konsesi) dengan pentadbiran kerajaan terdahulu, jangan dibebankan dengan kita (kerajaan hari ini).

“Tetapi kita setuju supaya kenaikan tidak dilaksanakan tahun ini,” katanya menerusi pengumuman khas Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia hari ini.

Difahamkan, sebanyak 10 lebuh raya dijadualkan untuk kenaikan kadar tol tahun ini seperti mana perjanjian sebelum ini.

Antara lebuh raya terlibat adalah n Lebuhraya Senai-Desaru (SDE); Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE); Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX).

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/07/23/tol-bukan-keputusan-mudah-tetapi-bukti-suara-rakyat-didengari/

https://malaysiagazette.com/2025/07/23/penduduk-pulau-pinang-lega-pm-tangguh-kenaikan-tol-llb/

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Anwar berkata, kerajaan akan menambah sebanyak RM300 juta lagi bagi program Jualan Rahmah MADANI 2025, menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan bagi program tersebut sebanyak RM600 juta.

Jelas beliau, tambahan peruntukan itu berdasarkan sambutan dan tarikan menggalakkan daripada rakyat berikutan harga barangan yang ditawarkan adalah lebih murah.

“Tambahan peruntukan ini bagi memastikan kekerapan program Jualan Rahmah MADANI ni dapat ditambah selain lokasinya juga diperluaskan.

“Maknanya, program ini akan diadakan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum akhir tahun ini,” katanya. – MalaysiaGazette

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast