Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai

BANGKOK – Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai yakin konflik di sempadan antara negara tersebut dengan Kemboja tidak akan bertukar menjadi perang dua negara.

Katanya seperti yang dilaporkan Bangkok Post, insiden yang berlaku ketika ini masih belum mencapai tahap yang perlu dibimbangkan atau berubah menjadi konflik yang lebih besar.

“Apa yang kita lihat sekarang hanyalah pertempuran bersenjata yang kecil, bukannya peperangan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pusat Ad Hoc bagi Situasi Sempadan Thailand-Kemboja.

Timbalan perdana menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan itu kini bertindak sebagai ketua kerajaan berikutan penggantungan Paetongtarn Shinawatra daripada jawatan perdana menteri.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/07/25/perang-thai-kemboja-malaysia-perlu-usul-gencatan-senjata-segera-pemerhati/

https://malaysiagazette.com/2025/07/25/pertempuran-sempadan-lebih-100000-warga-thailand-dipindahkan/

Beliau berkata Thailand tetap bersedia untuk mengadakan rundingan dengan Kemboja bagi menamatkan insiden tembak-menembak dan serangan meriam rentas sempadan.

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa sebarang dialog mesti didahului dengan penghentian operasi ketenteraan oleh Kemboja, yang menurutnya telah mencetuskan konfrontasi tersebut.

Sementara itu, Al-Jazeera melaporkan, pasukannya yang berada berhampiran sempadan berkenaan boleh mendengar bunyi meriam berat secara bertubi-tubi pada waktu pagi.

Puluhan ribu rakyat Thailand dan Kemboja yang berada di sempadan terpaksa menjadi pelarian berikutan ketegangan sudah berlarutan ke hari kedua dan berlaku di beberapa kawasan.

Pertembungan di antara dua negara itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 14 rakyat Thailand yang mana 13 daripadanya adalah orang awam manakala Kemboja mengesahkan satu kematian melibatkan warga negaranya. -AGENSI

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast