KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia menunjukkan tanda-tanda pertumbuhan sederhana, dengan Indeks Pelopor (IP) merekodkan peningkatan marginal sebanyak 0.04 peratus tahun ke tahun, mencapai 113.7 mata pada Mei 2025.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, peningkatan marginal 0.04 peratus ini dipacu oleh pengukuhan berterusan dalam Import Benar Semi Konduktor (19.1%) dan Bilangan Syarikat Baru Didaftar (15.9%).

Bagaimanapun, prestasi positif ini telah diimbangi oleh penurunan dalam empat komponen lain, menjadikan peningkatan keseluruhan agak sederhana.

Pada asas bulanan, IP turut mencatatkan peningkatan 0.1 peratus, disumbangkan terutamanya oleh kenaikan 0.5 peratus dalam Bilangan Unit Kediaman yang Diluluskan Pembinaan

Melihat kepada arah aliran jangka panjang terlicin pada Mei 2025, IP kekal berada di bawah 100.0 mata.

Namun, prospek ekonomi Malaysia dijangka kekal menyederhana dalam masa terdekat, disokong oleh pelonggaran dasar monetari yang berpotensi merangsang permintaan domestik dan menggalakkan pelaburan swasta meskipun berdepan ketidaktentuan global. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast