ISKANDAR PUTERI – Polis sedang mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang hilang di Taman Bukit Indah, di sini, sejak kelmarin.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kehilangan budak itu disedari bapanya, Munisammy, 36, sebelum membuat laporan polis pukul 2.15 pagi kelmarin.
“Kanak-kanak lelaki itu bernama M Tishant, mempunyai ketinggian 110 sentimeter dengan berat 19 kilogram selain berkulit hitam manis dan hidung mancung.
“Lokasi terakhirnya dilihat di Kopitiam Tiong Nam, Bukit Indah di sini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor E Komaty 010-3812804 atau pusat kawalan daerah Iskandar Puteri 07-5113622 @ HOTLINE 07-5114486. – MalaysiaGazette
















