Reliacraft Dagangan Sdn. Bhd. kini mengukuhkan kehadirannya di utara Semenanjung.

SUNGAI PETANI – Reliacraft Dagangan Sdn. Bhd. kini mengukuhkan kehadirannya di utara Semenanjung apabila membuka pusat jualan, galeri pameran dan pusat servis rasmi Milwaukee di Bandar Laguna Merbok.

Jenama Milwaukee yang sinonim dengan alat kuasa dan perkakasan profesional menjadi pilihan utama dalam kalangan kontraktor, juruteknik serta penggiat industri binaan kerana daya tahan, prestasi tinggi serta teknologi inovatif yang ditawarkan.

Premis baharu ini menawarkan kemudahan sehenti melibatkan perkhidmatan penyelenggaraan profesional, pembaikan serta sokongan alat tulen Milwaukee bagi memenuhi keperluan pengguna industri dan peminat DIY.

Menurut kenyataan syarikat, majlis pelancaran rasmi pusat berkenaan akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini dari 10 pagi hingga 7 malam dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan.

“Antara pengisian yang menanti pengunjung termasuk demonstrasi penggunaan alat Milwaukee secara langsung dan peluang mencuba sendiri produk yang dipamerkan.

“Selain itu, pelanggan juga berpeluang menerima hadiah percuma terhad semasa pembukaan termasuk hadiah istimewa untuk pengunjung bertuah sepanjang tempoh tersebut,” jelas kenyataan itu.

Reliacraft Dagangan merupakan anak syarikat Reliacraft Group, sebuah kumpulan milik bumiputera yang terlibat dalam sektor gas dan petroleum, serta mengembangkan operasi ke bidang kejuruteraan, pembinaan, keselamatan dan pertahanan.

Pembukaan pusat ini dijangka memperkukuh lagi capaian produk Milwaukee dalam pasaran tempatan khususnya di kawasan utara tanah air. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast