Kain rentang ini yang dibawa oleh sekumpulan peserta ketika berarak dari Kompleks Sogo menuju ke Dataran Merdeka pada perhimpunan ‘Turun Anwar’ hari ini.

KUALA LUMPUR – Di sebalik ribuan manusia dan laungan mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan jawatan Perdana Menteri – satu kain rentang bertulis Hamzah For PM – mencuri perhatian di Dataran Merdeka hari ini.

Kain rentang yang dibawa oleh sekumpulan peserta ketika berarak dari Kompleks Sogo menuju ke Dataran Merdeka itu menjadi perbualan kerana memperlihatkan aspirasi segelintir penyokong pembangkang yang mahu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin diangkat sebagai calon Perdana Menteri kelak. 

Difahamkan bagi beberapa peserta, Hamzah dilihat sebagai sosok pemimpin berprinsip yang lantang membawa isu rakyat di Dewan Rakyat serta tidak gentar menegur pentadbiran kerajaan sedia ada.

Terdengar juga sorakan ‘Datuk Seri Hamzah pemimpin berani, tidak tunduk tekanan luar’.

Bagaimanapun poster tersebut tidak mewakili pendirian rasmi penganjur perhimpunan yang diterajui Pas.

Ada beberapa pihak menegaskan, ia hanya inisiatif individu atau kumpulan kecil yang mengambil peluang menyuarakan sokongan terhadap Hamzah di tengah perhimpunan besar itu.

Kehadiran kain rentang itu meskipun kecil memberi isyarat wujud suara dalam kalangan penyokong blok pembangkang yang sudah mula menampilkan Hamzah sebagai calon alternatif bagi mengetuai kerajaan bukan Tan Sri Muhyiddin Yassin atau pemimpinan kanan Pas.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.