Ketua Bahagian Sayap Bersekutu Negeri Sembilan, Datuk V Saravana Kumar.

KUALA LUMPUR – Kehadiran komuniti India di Himpunan Turun Anwar semalam didorong oleh rasa kecewa yang mendalam terhadap pentadbiran yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Bahagian Sayap Bersekutu Negeri Sembilan, Datuk V Saravanan Kumar mendakwa, Anwar gagal menunaikan janji-janji besar beliau terhadap masyarakat India.

“Kami dari Sayap Bersekutu Negeri Sembilan turun untuk menunjukkan sokongan kepada Himpunan Turun Anwar.

“Masyarakat India berasa terluka. Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau banyak berjanji terutamanya kepada komuniti India ketika cuba mendapatkan undi.

“Ramai dalam kalangan masyarakat India telah memberi sokongan (semasa pilihan raya umum) tetapi hari ini bukan sahaja janji itu tidak ditunaikan, malah beliau memberi pelbagai alasan,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Menurut Saravanan, komuniti itu kini berasa seolah-olah hanya dijadikan tempat untuk Anwar mendapatkan undi.

Beliau turut menyentuh beberapa isu yang masih belum menemui jalan penyelesaian meskipun sering dijadikan bahan kempen sebelum ini.

“Beliau siap menyanyikan lagu perjuangan kemanusiaan M.G.R. kononnya akan memperjuangkan nasib masyarakat India, tetapi semua itu tinggal kata-kata.

“Peruntukan sekolah Tamil yang dijanjikan, apa jadi? MITRA yang sepatutnya menjadi pemangkin pembangunan masyarakat India, masih tidak jelas ke mana hala tujunya.

“Anak-anak India yang cemerlang pula terus bergelut untuk mendapatkan tempat dalam matrikulasi dan universiti awam. Banyak keluarga miskin India tidak mendapat akses kepada peluang pekerjaan dan bantuan sewajarnya,” katanya lagi.

Saravanan turut membidas kenyataan ADUN Sentosa, Dr Gunaraj George yang mendakwa kehadiran masyarakat India pada himpunan itu rendah.

“Untuk Gunaraj, cukuplah. Jangan cuba mengkhianati kaum sendiri.Dalam lautan manusia yang hadir semalam, sememangnya ribuan kaum India turut serta. Anda sahaja yang terlalu teruja menyokong Perdana Menteri,” katanya.

Beliau turut menyelar sikap pemimpin yang menurutnya hanya berdiam diri selepas mendapat kuasa.

“Hentikan perbuatan sia-sia hanya kerana kamu semua berkuasa ketika ini. Dulu boleh cakap tidak ada kuasa, hari ini ada kuasa tetapi tiada hati langsung untuk bantu rakyat yang memerlukan. Mengecewakan dan menyakitkan,” ujarnya. -MalaysiaGazette

Kurangnya kehadiran kaum India bukti mereka yakin terhadap PM – Gunaraj

Lebih 3,000 India sertai Turun Anwar, Gunaraj guna topeng kira peserta?

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast