KUALA LUMPUR – Mukah di Sawarak menjadi satu-satunya lokasi yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 10 pagi tadi.
Menurut bacaan kualiti udara setiap jam diterbitkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Mukah merekodkan bacaan IPU tidak sihat pada bacaan 154.
Berbanding semalam, Cheras hari ini mencatatkan bacaan IPU sederhana dengan 92 berbanding IPU 131 semalam.
Sesuatu kawasan dikategorikan sebagai mempunyai kualiti udara tidak sihat apabila bacaan IPU antara 101 hingga 200.
Hanya tujuh stesen di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU baik, iaitu Pengerang (Johor), Langkawi (kedah), Kulim hi-Tech (Kedah), Minden (Pulau Pinang), Kangar (Perlis), Sandakan (Sabah) dan Kapit (Sarawak). – MalaysiaGazette















