Pasangan kekasih doktor di Hospital Melaka yang ditahan selepas disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Taman Semabok Perdana, Semabok, Melaka pada 29 Julai lalu.

MELAKA – Pasangan kekasih yang ditahan selepas disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Taman Semabok Perdana, Semabok, di sini, petang tadi disahkan bertugas di Hospital Melaka.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kedua-duanya berumur 26 tahun ketika ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam serbuan jam 3.25 petang tadi.

Rahmad Mariman

“Semasa ditangkap, pasangan kekasih yang merupakan doktor di Hospital Melaka dalam keadaan berpakaian lengkap.

“Kedua-duanya berusia 26 tahun kemudian dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan lanjut sebelum diikat jamin,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette, di sini, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Doktor lelaki terbabit dilihat cuba mempersoalkan tindakan penguat kuasa JAIM untuk memeriksa kediaman disewa bersama dua lagi rakannya yang tiada di rumah ketika serbuan.

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan dalam kejadian jam 3.25 petang itu, imam masjid, polis, media dan penduduk taman terpaksa menunggu hampir 20 minit.

Ia kerana pasangan itu enggan memberikan kerjasama dan terus bersembunyi di dalam rumah teres setingkat itu.

Pasangan itu bagaimanapun terpaksa membuka pintu rumah selepas sepasukan penguat kuasa JAIM tiba dan berjaya menahan pasangan itu pada jam 3.43 petang hasil daripada aduan awam yang diterima.

Bagaimanapun ketika membuka pintu rumah teres setingkat itu, doktor lelaki terbabit dilihat cuba mempersoalkan tindakan penguat kuasa untuk memeriksa kediaman disewa bersama dua lagi rakannya yang tiada di rumah ketika serbuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast