Ali Tinju

KUALA LUMPUR – PKR perlu membuka pintu kepada semua orang termasuk kepada bekas pemimpin parti lain.

Aktivis PKR, Datuk Mohd Ali Baharom berkata, pelawaan termasuk kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan.

“Keahlian baharu boleh menambah kekuatan parti dan itu yang dimahukan oleh presiden (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya semasa mempengerusikan Mesyuarat Khas Bersama NGO Melaka di Tangga Batu malam tadi.

Ali Tinju mempengerusikan Mesyuarat Khas Bersama NGO Melaka di Tangga Batu malam tadi.

Mohd Ali yang dikenali sebagai Ali Tinju yang juga Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu juga mahu ahli-ahli parti supaya bekerja lebih banyak kali turun kelapangan temui pengundi pengundi dalam kawasan.

“Jangan kira ada jawatan atau sebaliknya. Ini tanggungjawab kita bersama perkukuhkan Parti PKR. Kita dengar dulu masalah di bawah, angkat masalah mereka terus kepada Pejabat Perdana Menteri,” ujarnya.

Selain itu, beliau juga bercadang menjemput Perdana Menteri dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam Program Sentuhan Hati Bersama NGO Melaka Parlimen Tangga Batu pada bulan September atau November ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast