Kamarudin Abdullah

PASIR GUDANG – Jiran kepada budak lelaki yang mayatnya ditemui ditanam di Rompin semalam mendakwa pernah mendengar mangsa menangis teresak-esak.

Bagaimanapun Kamarudin Abdullah, 47, tidak mengetahui punca tangisan kanak-kanak tersebut dan perkara itu jarang berlaku.

“Saya sudah tinggal berjiran dengan tiga beranak ini sejak setahun lalu dan pernah mendengar tangisan mangsa mahupun bunyi bising ibu bapanya akibat bertengkar mulut,” katanya. ketika ditemui di kediamannya di Jalan Tasek 28, Bandar Seri Alam, Masai hari ini.

Semalam,  mayat kanak-kanak tersebut ditemui ditanam di kawasan Rompin, Jempol, Negeri Sembilan selepas bapanya melaporkannya hilang pada Khamis lalu.

Kediaman keluarga kanak-kanak tersebut berkunci di Jalan Tasek 28, Bandar Seri Alam, Masai, Johor Bahru.

Media melaporkan mayat kanak-kanak berusia enam tahun itu yang dilaporkan hilang di kawasan Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri dekat sini ditemukan.

Penemuan mayat kanak-kanak itu susulan penahanan bapanya iaitu suspek berusia 36 tahun selepas suspek membuat laporan polis kehilangan anaknya itu.

Mayat dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau untuk prosedur bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Terdahulu portal ini menyiarkan kehilangan kanak-kanak tersebut pasa Khamis lalu dan meminta orang ramai yang menemukannya supaya berhubung dengan pihak polis.

Bercerita lanjut, Kamarudin mengakui terkejut dengan kehilangan kanak-kanak tersebut beberapa hari lalu.

“Mangsa hanya kelihatan normal dan sebelum ini saya pernah berbual dengan pasangan itu namun mereka kurang bercampur dengan jiran.

“Rumah ini dipercayai milik keluarga wanita itu dan sebelum ini dihuni adik-beradik wanita berkenaan,” katanya.

Dia berkata, sejak sebulan lalu, pasangan itu tidak tinggal di kediaman berkenaan dan mereka hanya mengunjunginya itu sesekali secara berasingan.

“Saya tidak sangka perkara seumpama ini berlaku, sebagai jiran saya berdukacita dengan nasib malangnya,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di kediaman mangsa mendapati rumah berkenaan berkunci.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Bapa direman seminggu kes mayat anaknya ditemui tertanam

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast