KUALA LUMPUR – Seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia, Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit RON97 sebanyak 4 sen kepada RM3.17 seliter bagi tempoh 31 Julai 2025 hingga 6 Ogos 2025.

Kementerian Kewangan berkata, bagaimanapun harga kesemua bahan api lain kekal.

Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.91 seliter; manakalaarga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Tambahnya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. -MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast