KUALA LUMPUR – Samaiden Group Bhd. (Samaiden) melalui anak syarikatnya memperolehi tiga anugerah projek bio-tenaga di bawah mekanisme Lembaga Pembangunan tenaga Mampan Malaysia (SEDA20).
Pengarah Urusan Kumpulan Samaiden, Datuk Ir. Chow Pui Hee berkata, projek yang diluluskan termasuk dua loji janakuasa biojisim masing-masing terletak di Tangkak, Johor dan Kemaman, Terengganu; serta loji janakuasa biogas di Bachok, Kelantan.
Setiap projek telah dianugerahkan kelulusan Fit in Tarif (“FiT”) selama 21 tahun dan dijangka mula beroperasi mulai separuh kedua 2028.
Tambahnya, projek-perojek berkenaan akan menambah lebih 18 megawatt (“MW”) kapasiti biojisim dan biogas kepada portfolio syarikat di samping mengukuhkan lagi kedudukannya dalam sektor TBB Malaysia.
“Kelulusan ini menandakan satu langkah penting ke hadapan dalam mengembangkan portfolio tenaga boleh diperbaharui kami melangkaui solar kepada biojisim dan biogas.
“Kepelbagaian ini mengukuhkan keterlihatan pendapatan jangka panjang kami, menyokong agenda penyahkarbonan Malaysia, dan meletakkan Samaiden sebagai penyedia penyelesaian tenaga bersih yang komprehensif.
“Kami berbangga bahawa bidaan kami berjaya di tiga keadaan kedalaman dan prestasi teknikal kami yang berbeza,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dengan penambahan projek biojisim dan biogas tersebut, Samaiden terus meluaskan jejaknya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui Malaysia, sejajar dengan sasaran kerajaan untuk mencapai 70 peratus kapasiti penjanaan tenaga boleh diperbaharui menjelang 2050. -MalaysiaGazette
















