Shazeli Kahar

SHAH ALAM – Bekas Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Shazeli Kahar dilantik sebagai Ketua Polis Selangor baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Hussein Omar Khan yang kini menjawat jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sejak 12 Julai lalu.

Shazeli, 50, pernah menjadi pegawai polis di Jabatan Siasatan jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Perak sebelum dilantik pelbagai jawatan strategik di Bukit Aman.

Beliau yang berpengalaman 25 tahun dalam perkhidmatan pernah memegang beberapa jawatan Cawangan Khas termasuk melibatkan ektremis sosial dan pelampau agama sebelum diberi tanggungjawab mengetuai Cawangan Khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas di IPK Selangor hari ini disaksikan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) Bukit Aman, Komisioner Polis Gilberd Philip Layang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast