KUALA LUMPUR – Jabatan Penyiaran Malaysia menafikan RTM Sabah telah melantik individu bernama Faijis bin Mejal @ Yuri Mejal yang berstatus bukan warganegara sebagai
pengarah produksi.

Menurutnya, dakwaan itu adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

Jabatan itu berkata, tuduhan tersebut dibuat oleh seorang penggiat seni tempatan Sabah iaitu Jestie Alexius menerusi akaun media sosial miliknya sejak 5 Julai 2025.

Malah, RTM Sabah menegaskan tidak terbabit dalam pemberian sebarang dana kepada
penama tersebut.

Sehubungan itu, RTM Sabah telah membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia
dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berhubung kes ini untuk siasatan dan tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast