M Saravanan.

JOHOR BAHRU – Kenyataan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan yang memberi gambaran parti itu akan keluar Barisan Nasional (BN) tidak mewakili MIC.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, apa dikatakan Saravanan itu adalah bersifat peribadi dan tidak melambangkan pendirian MIC.

Beliau percaya, kenyataan mana-mana pemimpin kadang-kadang dibuat dalam keadaan marah dan beremosi.

“Ada ke? (Kenyataan Saravanan) Bila dia cakap? Dia cakap ke parti dia cakap? Dia? Dia tak boleh. Individu tak boleh. Saya dengan Jazlan (Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed) selalu cakap benda yang tak selari dengan parti, tetapi kalau parti yang buat keputusan, itu lain. Ini individu lain.

“Kalau individu, semua orang nak bercakap, tetapi kalau parti dia buat keputusan, itu nanti saya bagi komen. Sekarang ini, tak boleh bagi komen.

“Individu kadang-kadang out of anger, jadi kita biar dululah, jangan mengeruhkan suasana, tetapi kalau parti masing-masing buat keputusan, itu cerita lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Pulai di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini hari ini.

Bulan lalu, Saravanan dalam satu temubual dengan sebuah akhbar mendakwa rasa tertipu dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang katanya MIC akan mendapat kerusi Kabinet jika menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Tapah itu kemudian mendakwa MIC tidak ada peranan dalam kerajaan dan kemudian memberi bayangan tidak perlu meneruskan kerjasama jika tidak diperlukan.

“Bila kita lihat, seseorang itu tidak perlukan kita, takkan kita perlu teruskan,” katanya.

Kenyataan dibuat Saravanan itu kemudian dibalas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang seterusnya menjadi perbalahan antara dua ahli politik itu dalam media sosial.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. keluarlah. apa tunggu lagi menang pun di kawasan Melayu. sombong dan tak tahu terima kasih. biawak

Comments are closed.