JAKARTA – Sebuah gunung berapi meletus di timur Indonesia pada awal pagi Sabtu, menyebabkan penangguhan dan pembatalan 24 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB).

Menurut BNPB, walaupun diletakkan pada tahap amaran tertinggi (Tahap 4), letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores tidak mencetuskan sebarang pemindahan atau menyebabkan kecederaan.

“Letusan itu direkodkan pada 1.05 pagi waktu tempatan, dengan awan abu mencapai ketinggian 18,000 meter dari atas puncak,” kata Jurucakap BNPB Abdul Muhari.

Beliau dalam kenyataan itu menyifatkan kepulan abu itu berwarna kelabu hingga hitam dengan intensiti tinggi, bergerak ke arah barat daya, barat dan barat laut.

Alat seismik merekodkan gegaran kuat 47.3 milimeter semasa letusan yang berlangsung selama kira-kira 14 minit, tambah Abdul Muhari.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast