Wan Fauzuldin Wan Samad

KUANTAN – Tiada satu sebab munasabah nak suruh Anwar turun sebagai PM, tegas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Paya Besar, Wan Fauzuldin Wan Samad.

Ujarnya kepimpinan berkaliber Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui negara tidak boleh disangkal dan pihaknya memberi sokongan terhadap penganjuran himpunan ‘Kekal Anwar’ yang dijadual berlangsung pada 27 September depan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Menurutnya, keputusan menyokong himpunan berkenaan telah dipersetujui dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Cabang yang diadakan baru-baru ini terhadap himpunan anjuran Persatuan Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM) itu.

”Melalui mesyuarat AJK Cabang kelmarin kami menyokong penuh program yang akan dianjurkan oleh GTSM untuk mengadakan himpunan Kekal Anwar di Dataran Merdeka pada 27 September nanti.

“Kami menyokong himpunan tersebut kerana kami sependapat dengan persatuan berkenaan bahawa tiada satu sebab yang munasabah pun untuk mendesak Anwar turun sebagai PM, selain dari ketakutan yang menjadi igauan dan mimpi ngeri kepada pimpinan-pimpinan penyakau,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, himpunan itu tepat pada masanya bagi menyatakan pendirian bahawa kepimpinan Anwar wajar dipertahankan.

Beliau turut menyeru semua cabang turut menyatakan sokongan dan sama-sama mengerahkan ahli-ahli dan penyokong kerajaan perpaduan untuk turut sama hadir berhimpun pada 27 September nanti.

“Kita tahu, terdapat pemimpin yang ada kes – termasuk Tan Sri  Muhyiddin Yasin menantu beliau, anak Hamzah (Datuk Seri Hamzah Zainudin), Tun Mahathir Mohamed dan anak-anaknya.

“Malah anak Menteri Besar Perlis dan menantu Presiden Pas juga tidak terkecuali, semuanya ini bagaikan akan selesai jika Anwar dijatuhkan.

“Kita mesti beritahu dunia rakyat Malaysia amat menghargai penghargaan dunia luar terhadap PMX dan kita akan pertahankan PMX dari kumpulan penyamun dan penyakau ini.

Wan Fauzuldin brharap semoga usaha baik ini mendapat sambutan baik dari seluruh rakyat Malaysia terutamanya dari semua gabungan parti politik dari kerajaan perpaduan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast