KUANTAN – Polis giat mengesan lelaki bernama Victor Lee bagi membantu siasatan kes melarikan cip kasino bernilai RM3 juta daripada sebuah kasino di Genting Highlands, Bentong baru-baru ini.
Menurut Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob, laporan telah dibuat pengurus syarikat kasino tersebut selepas cip itu dilarikan semasa berada di sebuah bilik kasino tertutup di premis berkenaan.
“Siasatan awal pihak polis telah mengenalpasti seorang suspek warga tempatan berusia 44 tahun.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang boleh membawa huiuman penjara selama tempoh minimum setahun dan maksimum 14 tahun dengan sebat dan oleh dikenakan denda,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu itu untuk menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berdekatan. – MalaysiaGazette
















