Gambar hiasan trak bantuan kemanusiaan ke Gaza. Foto AFP

GAZA – Dua puluh rakyat Palestin terbunuh dan puluhan cedera pada Rabu apabila sebuah trak yang membawa bantuan terbalik menimpa orang ramai di bahagian tengah Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA) memetik sumber perubatan.

Menurut sumber tempatan, insiden itu berlaku ketika sejumlah besar orang awam, ramai yang mengalami kebuluran teruk, berkumpul untuk menerima bantuan kemanusiaan di tengah-tengah sekatan dan pencerobohan tentera yang berterusan.

Mereka berkata trak itu terbalik selepas tentera Israel didakwa memaksanya menggunakan jalan yang tidak selamat.

Tragedi itu menonjolkan skala bencana kemanusiaan di Gaza, apabila usaha mendapatkan makanan asas pun telah menjadi ancaman nyawa.

Menurut angka rasmi, 52 pekerja bantuan terbunuh dan 352 cedera setakat semalam.

Jumlah keseluruhan rakyat Palestin yang terbunuh ketika mendapatkan bantuan kini meningkat kepada 1,568, dengan 11,230 cedera.

— BERNAMA-WAFA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast