Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

KUALA LUMPUR – Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai ahli mencetuskan persoalan sama ada ia merupakan satu bentuk politik matang yang perlu dibanggakan.

Selain itu, Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berkata, ia mencetuskan tanda tanya sama ada tindakan tersebut sekadar ketagihan kepada nama besar walaupun latar belakangnya bercampur-baur dengan episod politik yang pernah dikecam PKR sendiri.

Tambah beliau, UMNO tidak tidak menentang hak seseorang untuk berpolitik tetapi prinsip sepatutnya lebih mahal daripada sekadar mengutip tokoh yang sesuai dengan selera semasa.

“Kalau beginilah hala tuju, jangan hairan jika rakyat melihat politik bukan lagi medan perjuangan tetapi sekadar pasaran terbuka untuk membeli-belah pengaruh,” katanya menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Tambah Nurulhidayah, susulan penerimaan Tengku Zafrul sebagai ahli PKR itu berkemungkinan selepas ini garis pemisah antara kawan dan lawan sudah tidak perlu wujud.

Ini kerana, ujar beliau, apa yang penting ialah siapa yang sanggup menyertai bukan siapa yang benar-benar berjuang.

Semalam, Tengku Zafrul mengesahkan permohonannya untuk menyertai parti PKR sudah diterima dua minggu lalu dan beliau kini adalah ahli PKR bagi Cabang Ampang.

Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu, permohonan keahlian beliau menyertai parti PKR telah diterima dua minggu lepas.

Perkara itu turut disahkan Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh yang dilaporkan berkata, permohonan Tengku Zafrul diluluskan Majlis Pimpinan Pusat PKR dalam mesyuarat pada 26 Julai lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast