Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 262 premis perniagaan milik Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) telah ditutup atas pelbagai alasan dan sebab sehingga hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagi perkembangan di luar negara pula, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati kebanyakan premis perniagaan GISBH di luar negara telah ditutup dan diambil alih oleh pihak luar sama ada individu tempatan mahu pun pihak ketiga.

“Sejak Op Global dilancarkan pada September 2024 oleh PDRM, sebanyak 111 kertas siasatan telah dibuka terhadap kes GISBH.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 21 kertas siasatan masih berada dalam status siasatan aktif dan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk arahan selanjutnya.

“Satu kertas siasatan masih dalam tindakan di bawah peruntukan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

“Seramai 44 individu telah didakwa di mahkamah di bawah pelbagai seksyen kesalahan, termasuk 22 orang yang telah dituduh di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan,” katanya dalam jawapan bertulis di laman web Parlimen di sini.

Beliau menjawab soalan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan kedudukan terkini siasatan dan tindakan kepada anggota GISBH dan apakah status syarikat perniagaan sekarang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.