Biji koko. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 OKTOBER 2024.

KUALA LUMPUR – Tanaman koko di negara ini akan meningkatkan sehingga 10,000 hektar menjelang tahun 2030.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin, berkata, kementerian tersebut melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan sasaran tersebut tercapai termasuklah melaksanakan program galakan tanaman koko.

Jelasnya, program tersebut memberi tumpuan kepada pemain industri sektor perladangan.

“Ia adalah inisiatif strategik oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi serta Lembaga Koko Malaysia (LKM) bagi merancakkan peluasan kawasan tanaman koko melalui sektor perladangan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui (GRS) yang ingin tahu apakah langkah konkrit akan diambil kerajaan untuk merancakkan semula dan memperluas penanaman koko di Sabah.

Chan berkata, kementerian turut mempromosi dan menjenamakan produk premium koko tempatan sebagai koko asal tunggal dan koko berperisa unik sebagai tarikan bukan hanya coklat tempatan tetapi juga peringkat antarabangsa.

“KPK bersama LKM turut memberikan pelbagai bantuan dalam usaha membantu petani kekal mengusahakan tanaman koko secara ‘case by case basis’, antaranya melalui pemberian baja. Ini penting bagi peningkatan kesuburuan dan memperbaiki struktur tanah.

“Selain itu, kita turut berikan baja, biji benih untuk koko, racun perosak sama ada kepada syarikat perladangan atau pekebun,” jelasnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast