Jean-Paul de Marigny

KOTA KINABALU – Sabah FC hari ini mengumumkan pelantikan Jean-Paul de Marigny sebagai ketua jurulatih pasukan The Rhinos bagi saingan Liga Malaysia 2025/2026 berkuat kuasa serta-merta.

Sabah FC dalam kenyataan memaklumkan Jean-Paul dari Australia mempunyai pengalaman luas dalam Liga Australia bersama Western Sydney Wanderers, Newcastle Jets dan Melbourne Victory, dengan pencapaian selaku Juara Liga pada musim 2014/15 dan 2017/18.

Jean-Paul juga pernah terlibat dengan pasukan kebangsaan Australia di pelbagai peringkat umur, termasuk menjadi penolong jurulatih kepada Brad Maloney bagi skuad bawah 17 tahun kebangsaan Australia baru-baru ini.

Pada musim 2024/2025, Sabah FC menamatkan saingan Liga Super di tempat ketiga dengan mengumpul 40 mata di bawah kendalian ketua jurulatih dari Slovakia Martin Stano. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast